Tuesday 3 March 2020



TAJUK : PENGARUH BUDAYA BARAT (LUAR)



Nama Pensyarah : Encik Wan Faisal Bin Wan Ahmad Mohtasa


 (JABATAN PERDAGANGAN DIPLOMA AKAUNTANSI)
(DAT2B)

  

PENGHARGAAN
Selamat sejahtera, salam Poliku sayang, tanggungjawabku. Dengan ini, kami bersyukur kepada Tuhan atas keizinannya kami dapat menyempurnakan tugasan bagi kod subjek nilai kemasyarakatan (MPU 23042) yang bertajuk “ PENGARUH BUDAYA” ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Wan Faisal Bin Wan Ahmad Mohtasa, selaku Pensyarah Nilai Kemasyarakatan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Kami juga berterima kasih kepada beliau atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak mendorong kami untuk terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam apa pun jua.

Akhir sekali, kami juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sepanjang pengajian di Politeknik Kuching Sarawak atas segala dorongan dan kerjasama yang telah diberikan.  Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah kami pelajari sepanjang penyiapan tugasan ini dilakukan. Ianya telah memberi kami seribu satu makan dalam menimba ilmu. Semoga setiap kita diberkati dengan cintakasih Tuhan yang Maha Esa. Sebelum saya mengundur kata, terimalah serangkap kata bak kata pepatah melayu “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.




PENGENALAN




Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang boleh menjatuhkan maruah negara itu sendiri dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi goyah. Oleh itu, mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya. Ringkasnya, ini dapat disimpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan generasi muda masa kini. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat.




FAKTOR – FAKTOR PENGARUH BUDAYA BARAT :
MEDIA MASSA
Antara contoh drama siri Amerika yang disiarkan di kaca television negara kita: -



       Faktor- faktor yang telah mempengaruh generasi masa kini dengan budaya barat adalah daripada pengaruh media massa. Hal ini demikian berlaku kerana penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Menurut Marican Mohamed (1995), beliau menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya sangat ketara. Maksudnya di sini media massa adalah seperti surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Sebagai contoh, majalah-majalah barat yang dijual di pasaran memaparkan kosnsep yang berunsurkan negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti “black metal“, “punk”, dan sebagainya. Oleh sebab itu, kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja malah kebudayaan barat kini telah tersebar luas di Malaysia. Hal ini demikian tidak dinafikan bahawa tamadun ini telah diancam oleh imperialisme budaya Amerika dimana filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.

DIRI SENDIRI
Seterusnya disebabkan oleh faktor diri sendiri. Bagi mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu hal. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka ingin tahu akan sesuatu yang baharu dalam melakukan sesuatu perkara yang jarang dilakukan. Sebagai contoh, golongan punk di Malaysia kebanyakannya golongan remaja yang menganggotainya. Oleh itu, mereka dapat merasai pengalaman yang dilalui semasa menerajui kumpulan itu. Antara contoh golongan punk yang menjadi kegilaan generasi masa kini :


  

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Selain itu, faktor pengaruh rakan sebaya. Oleh sebab itu, seseorang remaja itu sangat rapat dengan rakan sebayanya. Hal ini menyebabkan ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan. Oleh sebab itu, perkara ini berlaku disebabkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja sehingga mereka mudah terhibur dalam dunia hiburan seperti “clubbing” atau kelab malam yang merupakan salah satu aktivti yang ekstrem sinonim dengan muzik, arak dan sebagainya.





Secara keseluruhannya , faktor- faktor pengaruh budaya luar telah menyebabkan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu, tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan kerana budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Malahan, perkara ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Tambahan pula, perkara yang lebih dahsyat yang sering meningkat di dalam media massa adalah kebanyakannya kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakannya mereka bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan ia mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.






CARA-CARA MENGATASI PENGARUH BUDAYA LUAR
INDIVIDU

·       Berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing yang diajarkan sejak kecil lagi.
·       Mendalami lebih banyak ilmu pengetahuan dalam penghayatan ajaran  agama masing-masing.
·       Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan segala tindakan.
·       Bijak memikir dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak.
·       Menjaga pergaulan dengan orang disekeliling.



KERAJAAN
·       Mengadakan program kesedaran untuk mendidik remaja bersikap dan bertingkahlaku positif.
·       Memperketatkan undang-undang dengan memberi sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika dan kurang bermoral.
·       Memantau setiap gerak geri pengamal media agar menyiarkan program yang berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.



KESIMPULAN

          Secara kesimpulannya, berbagai krisis akhlak dan moral terus menular, merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja masa kini. Hal ini demikian kerana jenis-jenis budaya barat diperkatakan telah mempengaruhi minda masyarakat timur malah telah menjadi ikutan remaja. Oleh sebab itu, remaja yang diperkatakan kini sudah kehilangan nilai keagaamaan di dalam diri mereka. Justeru itu, pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya negatif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan generasi akan datang.
Sebagai penutup bicara, dengan serangkap pantun untuk mengakhiri mesej yang disampaikan.

Agama dianuti jadi pegangan,
Tersebar luas ke seluruh dunia,
Indahnya lukisan kerana pemandangan,
Indahnya bangsa kerana budaya.






 DAT2B/SEKSYEN 2
Nama Pelajar :
1)                Rachel Edward (05DAT19F1007)
2)                Christella Venice Anak Carlos Amad (05DAT19F1023)
3)                Emmy Anak Loke (05DAT19F1009)
4)                Felycia Demai Anak John (05DAT19F1039)
5)                Rachel Anak Benedict (05DAT19F1067)